Hari tu,saya susah hati.Dalam kepala,berfikir-fikir.Camana nak tulis blog? Tambahan pula,saya yang IT blind ni.Tapi tangan gatal nak menulis.Walaupun saya tahu,tahap penulisan saya adalah tahap C+.(Itu dikira ok la kan? ) Kerana saya perlu meluahkan apa yang saya rasa,dan apa yang saya fikir.Setiap individu ada ideologi dan pemikiran masing-masing.Jadi,dengan wujudnya blog saya ini,dapatlah saya melontarkan apa yang saya lihat dan apa yang saya fikir.Tapi,apa yang saya nak tulis ni? Dah tak ada idea la pulak! Dah macam-macam posisi saya cuba 'landing' dengan harapan idea akan datang bertimpa-timpa..(cewah! konon laa...)
Sedang saya bergolek-golek dan berguling-guling mencari idea,saya membuka akaun facebook saya.Sana sini penuh dengan pengumuman dan jemputan perkahwinan dari rakan-rakan.Tak kurang hebat,gosip perkahwinan.Si A berkahwin dengan si B..Si D kahwin dengan E.Melihat jemputan-jemputan yang perlu dihadiri,saya teringat perbualan saya dengan makcik Ani 2 minggu yang lepas.Oh,sebelum itu,saya kenalkan siapa makcik Ani ya! Makcik Ani ataupun makcik Rohani adalah mak saya.Makcik ani ni memang 'sporting' tapi sekali dia membebel,kucing saya pun akan lari menyorok.hehehe..........
Macam biasa,saya telah menelefon makcik Ani untuk bertanya khabar.Sedang berbual-bual,makcik Ani tiba-tiba berkata kepada saya. "Yang,matlamat mak tahun 2011 ni kan,mak nak buat kenduri besar hujung tahun ni.." Saya ketawa.Wah,kakak saya dan kakak ipar mengandung lagi ke? Saya tak tahu pun.Bisik saya dalam hati."Okeh.Kenduri sambut cucu?" Dengan selamba saya bertanya.Entah kenapa ayat itu yang terloncat keluar dari mulut saya.Mak saya menyergah. "Bukanlah! Kenduri kahwin laa Yang ooi..." Saya menelan air liur.Adakah ayat ini ditujukan pada saya? Huish! Susah tu.Siapa lagi yang bujang selain saya dan adik saya.Ok,untuk mengingatkan anda,mak saya juga adalah seorang ibu tunggal.adakah mak saya juga dikira bujang? hehehe..
Mak saya macam tak puas hati dengan jawapan saya yang kurang perasaan tu.katanya "Yang,mak tak kira,hujung tahun ni mesti ada kenduri kahwin.Anak makcik Kiah (bukan nama sebenar) dah nak kahwin pun." Woah! Makcik Ani telah mengugut saya.Agaknya,ada pertandingan 'Anak Siapa Kahwin Dulu' kot di kampung saya,sebab mak saya begitu bersungguh.Hehehe...Maaf ya,saya bergurau.nasib makcik Ani tak tahu.jangan report dia ya! Saya rasa,makcik Ani tertekan tu,bila kawan-kawan dia suka bertanya " Anak kamu yang misi tu bila nak kawin?" 1 soalan kali dengan 20 orang,wah! Saya 'glamer' macam artis lah!
Saya ada macam-macam ayat yang boleh digunakan untuk menangkis soalan makcik-makcik yang bertanya tu sebab skema soalan yang dilontarkan oleh mereka lebih kurang sama je,tapi saya tak dapat nak menangkis soalan makcik Ani tu.Bukan saya tak pernah fikirkan isu ini,tapi jawapan yang saya dapat selalunya akan berakhir dengan jawapan 'jodoh pertemuan di tangan tuhan'.Jadi,kalau saya dah ada jawapannya,kenapa saya nak perah kepala saya untuk mencari jawapan lain yang maksudnya lebih kurang sama dengan ayat di atas? (Patut la orang kata saya patut jadi peguam,twist jawapan orang).hehehe.
Saya nak pinjam sebaris ayat dari buku 'Aku Terima Nikahnya' tulisan ustaz Hasrizal Abdul Jamil.Ayatnya berbunyi begini 'menangguhkan seketika pelan untuk berkahwin muda,tidak merugikan apa-apa.Ia bukan soal halal haram,tetapi soal mencari yang terbaik dalam hidup..' Mungkin kita bukan muda lagi untuk 'main tarik tali' tapi saya rasa,apabila telah tiba masanya,kita takkan dapat mengelak walau sedikit pun.Seorang teman pernah berkata "Biar terlambat buat keputusan,jangan salah buat keputusan.." Lama saya memikirkan ayat ini.Ada juga kebenarannya.Tak ada siapa yang nak kahwin untuk bercerai.Siapa yang kahwin untuk bercerai sila angkat tangan? Dah tentu tak ada.Mencari calon atau dengan nama lainnya jodoh bukanlah sesuatu yang mudah.Anda memilih dia kerana apa? Kacak? agama? duit? kuasa? dan dia memilih anda kerana apa? Kerana anda cun macam Erra fazira? Atau seksi macam Angelina Jolie? Wallahualam.Kepada yang masih bujang dan belum ada calon,yakinlah pada kuasa dan takdir Allah,kerana sesungguhnya rahmat Allah itu melebihi dari apa yang kita jangka.Untuk makcik Ani,saya akan katakan saja begini "apa kata mak je yang carikan?" Saya pasti makcik Ani akan senyap untuk seketika..:)
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan