Isnin, 28 Februari 2011

Pertemuan Pertama

     Wah! lamanya blog aku terbengkalai........ada la dalam seminggu kot! Tak ada masa? Tak ada

idea? Idea tu banyak,berkoyan-koyan.Boleh buat filem ala-ala Afdlin Shauki pun boleh.Hehe..

Aduh,penatnya..Baru lepas habis kerja malam.Jujurnya,Penat kerja malam memang luar biasa.Rasa

macam berlari berganti-ganti pas baton 500 meter.Fuh!

Semalam,pergi melepak kat Mid Valley.Sorang-sorang? Tak laa...saya pergi jumpa kawan-kawan

facebook.Walaupun mengantuk tahap Ultraman Mebius, (sebab malam sebelumnya kerja),saya

gagahi juga diri pergi ke Mid Valley,semata-mata untuk berjumpa dengan mereka-mereka ini.Ternyata

pertemuan ini tidak menghampakan.Pertemuan pertama,tapi terasa macam kami telah berkenalan

sejak lama dulu.Bercakap tak henti-henti,bertukar-tukar pendapat,bergambar kenangan,dan banyak lagi.

         Yang tak banyak bercakap pun terus jadi sehebat pemidato.Kami bertemu semuanya

kerana dua orang selebriti ini.Berkongsi minat terhadap selebriti ini,menyebabkan kami bertemu dalam


facebook.Keserasian telah membawa kami bertemu pula di luar facebook.Nak sebut nama selebriti

ke? tak payah sebut la.Diorang bukannya 'follow' blog saya yang tak canggih ni.hehe..Lagipun,ini

bukan kisah diorang,ini kisah kami.kalau nak cerita kisah diorang,buka je laman web

diorang.Facebook ni mengeratkan hubungan pun boleh,merenggangkan hubungan pun boleh.Semua

pun boleh la.Terpulang pada kita bagaimana menggunakannya.

      Apapun,terima kasih pada kawan-kawan yang datang.Bersyukur pada Allah untuk jodoh yang

dikurniakan antara kita.Semoga berjumpa lagi..kak ida md amin,nurul aqmar,azzuwa wanie,kak

norhani zaini,abang azni,hazirah mohd yusof,nurul adzuani,kak fadzilah omar,awana,kak

ila...semua-semua la..(ada ke nama yang saya lupa sebut?) Semoga Allah menemukan kita lagi.Insyaallah..;p

Tiada ulasan: