Rabu, 30 Mac 2011

Pertemuan dalam lif...

            Hai..semalam saya bercerita tentang musuh saya yang telah bertukar menjadi jiran saya.Hari ni pula,saya telah terserempak dengan dia di dalam lif.Adei...saya berusaha nak mengelakkan diri dari terserempak dengan dia,tapi lif belakang HKL tu buat hal pulak.Terpaksa naik lif depan.Tak sangka dia menyapa saya sambil tersenyum.."Eh,Ros rupanyaa..." padahalnya, awal-awal lagi dia dah nampak saya dari jauh sebelum masuk lif tadi.Hehehe..

Saya bertanya pada dia tentang keadaan wad barunya..(lepas seminggu dia meninggalkan wad saya).Kemudian kami masing-masing senyap untuk beberapa saat.Tak lama lepas itu,dia memulakan pula kisah dia tersesat mencari pasar malam berhampiran kawasan perumahan di sini.Lawak betul la mamat ni..Takkan tak nampak manusia yang ramai-ramai menuju ke pasar malam tu? hehehehe...

Sebenarnya,saya ada banyak perkara nak tanya dia..Tapi saya tak tahu kenapa ayat-ayat dan soalan-soalan yang pernah terkumpul dalam kepala saya sebelum ini tak dapat dikeluarkan dan di luahkan masa saya berbual dengan dia.Ish,ish,ish...Sadis dan teruk betul saya ni.hehehehe..

Jujurnya,saya memang tak ambil perhatian pada cerita yang disampaikan olehnya.Sebab saya terlalu sibuk.Tambahan pulak,saya cuma teringatkan kereta Inspira dia yang berwarna maroon itu.Inspira tu......hahaha! Apa dan bila akan bertemu lagi,persoalan yang sukar untuk dijawab.Mungkinkah selepas pertemuan pertama akan ada pertemuan kedua? Wallahualam...........;p
       

Tiada ulasan: