Ahad, 17 April 2011

3 Tahun Yang Bermakna...............

          Semalam 16 hb April 2011.(apa yang ada 16hb tu?) Pada orang lain,ia tak bermakna
 apa-apa,tapi pada saya ia membawa makna besar.3 tahun dulu,masa saya mula-mula menjejakkan
 kaki ke HKL,saya memang blur.(sekarang pun blur jugak tapi tak teruk).Saya tercari-cari makna 'baju putih' yang saya pakai.Betul-betul rasa depression.(kemurungan yang terlampau).Kalau boleh,nak suruh doktor tuliskan surat rujukan ke jabatan Psikiatrik (pakar jiwa) je..Balik kerja je,menangis.Balik kerja je,menangis...Begitulah teruknya keadaan saya 3 tahun dulu..Ia berterusan untuk beberapa bulan..Fuh!

Jujurnya,saya sebenarnya agak 'jeles' kenapa saya bukan doktor,tapi jururawat.Rupanya,jawapannya mudah je.Selain sebab dulu saya malas belajar,antara sebabnya adalah saya tak suka tekanan,dan saya tak mampu menerima tekanan yang 'terlampow'...<--- terlampau sebenarnya..hehehe...Apapun,saya berterima kasih pada arwah abah yang 'berusaha' memohon kepada Allah supaya saya dapat pakai 'baju putih' ni.(kerana jujurnya,dulu saya tak pernah ingin jadi jururawat)..3 tahun dah berlalu,Ada baki 30 tahun lagi untuk saya berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia ni.Adakah 30 tahun juga saya akan berterusan membebel pada pesakit yang degil? Atau membebel pada doktor yang 'kerek'?? Hahahaa....

Tiada ulasan: