Rabu, 20 April 2011

Saya,Doktor Bius dan Kematian....Jona??

        Hari ni saya bercuti..macam biasa,lepas 2 hari kerja malam,misi memang akan dapat 2 hari cuti.Dan hari ini adalah hari kedua.Hari ini dikira 'cuti aman' sebab tak ada 'makhluk' kat wad yang panggil saya datang bekerja.Opps ! * sebab selalu jugak la saya dipanggil bekerja time saya cuti *

        Saya bukanlah pekerja cemerlang ( peluang nak dapat anugerah pekerja cemerlang pun macam tak ada je ) hehehe...<--- ayat tak konfident~ pagi tadi,saya gagahkan jugak diri ni pergi ke wad semata2 nak settlekan hal sijil-sijil yang bos minta.* kalau tak,mana mungkin saya nak berfoya-foya di wad pada hari cuti * ngee~

        Sebaik saja saya melangkah masuk ke dalam bilik bos @ sister,sister berkata "Haa...Ros! patient bed 29 meninggal ya?" Dia tersengih-sengih.Aishh...'Ni dah mula nak menyakat aku la nih..' saya berbisik dalam hati."sister perasan,patient selalu meninggal time kamu ya! Kamu ni memang Jona la.."



Report polis-selain situasi pesakit collapsed,pesakit lari dari wad adalah perkara biasa bg saya~









 Sebab nak cover kecil hati tu,saya senyum sahaja.Oh ya! perkataan Jona tu sebenarnya tak ada dalam kamus.Cari la segigih mana pun,sampai tahun depan pun takkan jumpa.Entah datang dari mana la perkataan tu ! Ia membawa maksud 'malang'~ 
Kebetulan,seorang kawan ( cop ! cop ! Erkk..kawan ke??) kebetulan ada di dalam bilik bos.Dia pula menambah "Kak Ros memang Jona! Kita panggil dia Puteri Jona la macam nih! tiap kali dia kerja, mesti ada patient collapsed!" Ceittt !! Geram betul saya~




Release stress: makan jajan nih lagi sedap..lepas makan nih boleh jadi singa..hehehe~



Saya mengaku saya tak suka dipanggil macam tu,tapi nak buat macamana kan? Memang tak dapat dinafikan lagi,pesakit yang saya jaga dan akan jaga rata-ratanya akan 'berakhir' dengan kematian atau paling koman pun,refer doktor bius,menggunakan mesin ventilator (mesin sokongan) dan akhirnya ke GICU (special ward). Ish ish ish.....:p ( Okeh gak kalau dapat tackle Doktor bius kan,senang nak suruh dia tengok pesakit saya~ hehehe...<-- ayat gembirakan hati)



Kalau pesakit-pesakit saya tak meninggal atau dihantar ke special ward pun,selalunya pesakit saya akan lari atau dengan kata lainnya 'absconded'...Ish ish ish...ni satu lagi hal.Saya dah jadi pengunjung setia pondok polis HKL pulak..ia macam dah jadi aktiviti bulanan~ (^~*)

Saya rasa,saya tak la garang sangat...( erkk....saya rasa laa...) Hehehe...




Sebab kecil hati,saya telah membeli semua pen ni dalam satu masa...boleh release stress tau kalau beli stationary nih.Hahaha~


          

             Well,sesungguhnya,saya memang tak boleh nak elak atau menangkis mana-mana gelaran atau kritikan yang diberi.Masing-masing ada molut sendiri..( mulut sebenarnya..hehehe~) saya mengaku,perkara-perkara ini memang kebetulan sangat-sangat...kadang-kadang nak marah juga kat diri sendiri,tapi bak kata orang..kenapa nak rosakkan akidah kita dengan percaya benda-benda macam tu? kan? kan? Tawakal jelah..pada yang beragama Islam,kita sedekahkan Al fatihah..pada yang bukan Islam,takziah diucapkan~ ;p


Keratan berita harian Metro: Pesakit mati bunuh diri..saya sempat menjaganya sehari sebelum dia meninggal~

2 ulasan:

gadisBunga berkata...

hmmm...sabar je la. sentiasa igt, ajal maut semua di tangan Allah ok.
pegi tenangkan hati dgn prektis buat sirih junjung ok!

rostayang berkata...

hahahaa...praktis wat sirih junjung? kui kui kui...sy redha jelah diorg nk meninggal time saya pun.dah diorg memilih saya,sy xleh nak buat apa...hehehe...