Jumaat, 18 Februari 2011

Kerjaya saya..

          Ada orang tanya saya.."seronok tak jadi misi? (jururawat)" Saya senyum.Korang rasa,apa jawapan yang patut saya bagi? perlukah saya
a) jawab 'Suka!' (sambil melompat2 dan ketawa berdekah-dekah)
b) jawab 'tak suka' ( dengan muka selamba)
c) jawab 'ntah! macam takde perasaan..'.(dengan muka toye)

Balik pada tahun 2004,masa saya mula-mula minta jururawat,rasa macam kena kahwin paksa je.arwah abah kata "mintak la nurse..abah teringin nak tengok anak abah jadi misi.." Dengan muka yang sememeh,saya pun mencebik.bosannya! saya mengutuk dalam hati.Saya lebih rela kerja pecah batu,jadi polis ke,lari sana sini,kejar orang jahat.baru adventure siot..nak jadi misi? pergh...susah tu abah!  Rupanya,dalam diam,abah dah buat sembahyang hajat supaya saya dapat jadi jururawat.Patutlah saya mohon navy tak dapat-dapat! ceh~

       Dulu saya selalu lawan cakap abah,tak nak dengar cakap abah.abah kata A,saya kata B..Abah kata hitam,saya kata putih.Memang tak sebulu la.Hari abah meninggal,saya memang tak panik,sebab saya macam dah sedia untuk situasi ini.Abah terkena serangan jantung,tapi saya tak dapat buat CPR kat dia.Masa tu pun,saya belum jadi jururawat.Mana mungkin saya nak buat CPR? Tak ada orang pun yang nak tolong.Sedih kan?

Bila saya dapat tawaran belajar pada Disember 2004,kepala saya memang 'ting tong' masa tu.Pergi ke tak? Terima ke tak.Kalau saya terima,ia adalah ibarat dipaksa kawin.Sebab kena menyambut 'impian' arwah abah yang nak tengok saya jadi misi.Padahal,cita-cita saya masa tu adalah menjadi navy,tak pun wartawan.(sebab saya suka menulis kan..) Akhirnya saya menerima tawaran belajar ni.Mak kata "cukup la sekali Atak (kakak saya) menolak tawaran jururawat dulu,Sekarang kamu tunaikanlah permintaan abah kamu.." Sebulan pertama di kolej,saya menangis tiap-tiap malam,sebab saya rasa belajar jururawat ni senang sikit dari doktor je.

        Tahun yang pertama adalah sangat memeritkan.Terpaksa melalui kepayahan.Masalah kewangan.masalah belajar..Yang paling sedih,vespa arwah abah terpaksa dijual.adeh! Meleleh air mata saya.Yang tinggal sekarang,hanya sebuah kereta Tiara ADN 6142 abah punya.Warna maroon.Lama saya berfikir.Kenapa saya kena jadi misi? Saya betul-betul terasa macam kena 'sumpah'.Cita-cita saya memang nak jadi penyelamat dunia tapi bukan jadi misi..waaa....(saja nak feeling sekejap).


            Lepas habis belajar baru saya mula suka dengan kerjaya ni.Semakin lama dalam kerjaya ini,semakin cinta pulak.kerja pulak di wad lelaki.(bukan nak menggatal ya! cepuk kang!) Saya terasa macam berdampingan dengan arwah abah je.Saya mengaku,dulu saya jarang pegang tangan abah,apatah lagi cium tangan abah.(sebab selalu bergaduh dengan abah).Tapi sekarang,rata-rata tangan yang saya pegang adalah tangan 'abah'..Mungkin la ada juga tangan abang-abang dengan atuk-atuk,tapi memegang tangan pakcik-pakcik buat saya rasa rindu kat arwah abah.Jadi,rindu takkan terhenti..
             
Sekarang,kita balik ke soalan kat atas tu.Best tak jadi misi? jawapan saya adalah begini..."Dulu tak best,sekarang best!''

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kak Ros sedih sya bca kak punya cerita. Teringat sya dgn arwah ayah sya..
:-(.
Kak Ros bercita2 nak jdi wartwn? Smalah kak... Kak Ros jdi misi pun menyelamatkn org juga..