Berhadapan dengan kematian....................lagi??
Petang semalam,ada seorang pesakit meninggal dunia secara mengejut.......lagi.semasa ahli keluarganya datang untuk menuntut mayat,mereka menangis sambil meraung..Hati saya tersentuh.Mesti mereka merasa sangat terkilan kerana sebelum itu,pesakit tersebut masih hidup dan berkata-kata.Bagaimana mereka hendak menerima hakikat orang yang disayangi telah tiada dengan tiba-tiba? Terasa ada air bergenang di tubir mata saya..Saya teringat pada arwah abah yang meninggal secara tiba-tiba..Sesungguhnya,ia adalah ibarat terperangkap dalam mimpi sedih yang tiada penghujung~
| Ini bukan pemandangan malam di Gotham City macam dalam cerita Batman tu,tapi ini pemandangan malam dari koridor rumah saya...;p |
Saya berfikir.................
Selepas saya selesai membersihkan mayat,saya memandang pesakit lain yang berada di katil masing-masing.Otak saya berfikir..Rupa-rupanya,walaupun mereka yang lain nampak macam sihat,tapi selagi mereka berada di hospital, semua pesakit adalah berpotensi untuk meninggal secara tiba-tiba.....
Termasuklah juga kita..mungkin juga semasa kita berada di luar rumah,atau di mana-mana sahaja.
Apa yang kita boleh buat?
Kita doakan keselamatan ahli keluarga kita,tak kira mereka berada di mana.Semoga usia mereka di panjangkan,mereka dilindungi dan diberkati Allah selalu...Semoga Allah memakbulkan doa kita.Tunjukkan kasih sayang anda.Teruskan usaha mengumpul pahala...
1 ulasan:
ajal maut di tgn tuhan. dan cuma Allah sahaja yg berhak ke atas nyawa kita. bersedialah selalu~
Catat Ulasan