I knew I love you before I met you,
I think I dream you into life....
Savage Garden- I Knew I Love You <------- Erkkkk! Saja nak tangkap jiwang jap! huhu~
28hb April 2011,6.50 pagi
| Aktiviti 5 orang auntie yang sedang melakukan senaman Tai Chi pagi-pagi menarik perhatian saya..saya terfikir.Bila saya dah tua nanti,adakah saya akan join aktiviti-aktiviti macam ni juga? ermmm... |
Tersampuk??
Pagi-pagi buta,saya dah bangun.Lepas solat subuh,saya turun ke bawah.Niat di hati nak pergi ke pasar.Nak 'mengintai' sirih untuk di buat sirih junjung.*niat di hati memang nak cuba buat* Sambil-sambil mata menjeling ke parking kereta depan rumah.Oh! kereta dia dah tak ada..awal betul 'pakcik' ni pergi kerja.Selalunya,pukul 6.30 pagi,kereta dia masih ada kat situ.Ish! Betul-betul tersampuk ke saya ni?
Love Struck??
Persoalan yang semakin hari semakin sukar untuk saya menjawabnya.Mungkin dari benci menjadi simpati,dari simpati bertukar menjadi cinta...<-- hanya Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa sebenarnya.Apa yang saya tahu,panahan kali ini adalah lebih hebat.Dan mungkin kalau saya tercedera,lukanya akan menjadi sangat dalam..
Bersedia Untuk Gagal
Saya tak memasang apa-apa harapan,kerana jika saya memasang harapan,maka saya kena buka Rumah Harapan la pulakk..untuk orang-orang yang tak ada harapan..hihihihi~ <-- sekadar bergurau..
Pesanan Dari Seorang Sahabat Kepada Seorang Sahabat~
Kawan baik saya berpesan begini "Jangan jadi Obsession dah ler.Dangerous! When we crave or wanted something so bad,if you do not get it,at some point you will stop wanting it.." Nasihat untuk diri saya,dan juga untuk dirinya.Ia juga mungkin sebagai perlindungan kepada hati,supaya tidak terluka lagi........
Saya berpegang pada tag line ini...'Suka tak bermakna mencintai,cinta tak bermakna memiliki,memiliki tak bermakna kekal abadi...' <--- siapa cipta tag line ni? saya la yang cipta! ;p
Mungkin masa akan dapat membuktikan segala-galanya..dan seterusnya memberikan jawapan~
Just wait and see the end of this story~ ;p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan