Isnin, 2 Mei 2011

Goodbye Mr Cool~

Goodbye Mr Cool............

by Rosnalizawati Hamzah on Sunday, May 1, 2011 at 7:01pm



Sebelum membaca apa yang saya telah tulis,pertama sekali..saya ingin memberitahu.Saya memang dalam mode bengang tapi bukan putus cinta.Sebab saya bukan sedang bercinta dan juga tidak bercinta.( bukankah maksudnya sama?) Mode nak jual minyak pun bukan.Apa yang saya tulis adalah suka-suka.Sekadar meluahkan apa yang terlintas di fikiran saya.Saya jiwang? Emmm...lebih kuranglah..Jangan salah sangka.Kepada yang gagal mendapatkan cinta,jangan sedih.Boleh cuba lagi.Kepada yang dikejar 'cinta gila',fikir betul-betul..Selamat menyelam perasaan Si Kecewa~



Goodbye Mr Cool.........


Saya mungkin bersalah kerana menyukai awak.Saya juga mungkin bersalah kerana membenarkan hati saya untuk menyukai awak.Saya bersalah kerana memasuki hidup awak.Dan saya bersalah kerana membiarkan hati saya kecewa kerana awak.


Akhirnya,saya gagal menyentuh hati dan perasaan awak.Hati awak sekeras batu,perasaan awak sedingin salju.Rupa-rupanya,inilah titik akhir...Hati saya berat untuk meninggalkan awak.Hati saya takkan mampu untuk membenci awak..kerana separuh hati saya ada pada awak.Sebelum ini,saya sangat yakin,awaklah pembimbing yang paling layak untuk saya yang kadangkala terlupa dan terleka..Saya juga pernah yakin,sayalah orang yang paling layak untuk mengubati hati awak yang sepi dan sering putus asa.Tapi awak menutup pintu hati.Menyimpan ia ke dasar yang paling dalam hingga tak mampu untuk saya selam.


Awak terlalu sukar untuk didampingi,apatah lagi dimengerti..Sesungguhnya,ego awak terlalu tinggi.Saya telah membuang ego saya kerana awak,tapi akhirnya ia dipandang sepi..Mungkin saya tak layak untuk mendekati awak apatah lagi menyentuh hati.Mungkin juga kerana dunia kita yang sangat berbeza.Jurang yang tak mampu untuk diruntuhkan.Mungkin awak mampu untuk hidup sendiri,tetapi saya tak mampu hidup sepi.Semoga awak menemui cinta sejati yang mampu mempersonakan mata dan hati.Goodbye Mr Cool~

Tiada ulasan: