Kelmarin,semasa saya sedang sibuk ke hulu dan ke hilir (bukan buat-buat sibuk ya) di dalam wad,melayan karenah patient yang 'multiple attitude' *term yang saya sendiri bagi*,saya ternampak jiran saya yang pelik yang pernah saya sebut sebelum ini.Dia punch card depan wad saya.(sekarang baru saya tau kenapa punch card sesuai duduk depan wad saya.Sebab senang saya nak jeling orang...heheheh).Sebab saya rasa dia sangat misteri,saya telah treasure fb dia.Oh! Mamat nih ada blog! Menarik! Memang best blog dia.Saya rasa,dia telah menceburi salah bidang.Dia patut masuk bidang penulisan.Berbanding saya yang hiperaktif ni,saya mungkin patut jadi polis sebab saya tak suka duduk diam.keh keh keh~ *mesti abang saya akan kata saya poyo*
Saya telah membaca kebanyakan isi kandungan blog dia.Oh,rupanya mamat ni sedang mencari cinta.*walaupun dia tak sebut,tapi saya kan terer mengkaji..<-- ayat perasan* Baguslah,teruskan mencari.Saya pasti ramai 'aweks' kat luar sana yang excited nak kawin dengan doktor.Pastikan,sebelum mengorat doktor,fahami jadual kerja mereka dulu.Kalau mengorat jururawat pulak,jangan harapkan mereka akan bercuti pada hujung minggu,sebab jadual cuti anggota medikal ni memang abnormal.Orang cuti,kita kerja.Kita kerja,orang cuti...hmmmm....Rasa macam alien pun ada..
Apapun,saya mendoakan Encik Jiran saya itu akan menemui cinta dan gadis idaman yang dia cari selama ini.Dan anda juga,doakanlah yang terbaik untuk saya.terima kasih~ :))
4 ulasan:
bagi link blog dia!!! ngeeee~ :p
http://www.sayadoktor.blogspot.com
doakan yg terbaik buat semua..semoga mendapat suami yg soleh
GB: tengok tau blog dia...best~
rahsia hati: :))
Catat Ulasan