Selasa, 10 Mei 2011

Merajuk.................

Merajuk? Ya,saya merajuk!


Tak sangka,rajuk saya itu berkesan.Saya dah tak join aktiviti-aktiviti diorang kat wad.Saya pergi kerja,balik kerja.Saya tak join 'kumpulan pengumpat' yang ada kat wad tu.Disebabkan saya tak join diorang bergosip,saya tak tahu seorang kawan saya dah bertunang atas pilihan keluarga.Wah! Tak sangka dia sudi dengan pilihan mak dia.Tahniah untuk dia.Semoga keputusannya tepat,tak ada sesalan atau penyesalan.Kadang-kadang pilihan ibubapa ni lebih baik dari pilihan kita sendiri.


Hairan tengok orang lain tu.Bercinta bertahun-tahun,bertunang bertahun-tahun,kahwin sekejap je? Ish...Kalau saya pula,saya tak pun tak suka nak bercinta,bertunang lama-lama.Buang masa maaaa.....perempuan nak komitmen,bukan teman tapi mesra.

Hmmm...*tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab saya tak ada pakwe..* Hahahahahaha............



Nama dia Mama Lola.Ibu muda yang penat mengasuh anak-anak yang baru lahir.Adakah muka saya yang merajuk serupa macam ni? Saya tak pernah pulak tengok cermin.huhu!


Cop! Cop! Kenapa kita cerita pasal orang bertunang dan bercinta ni? Bukan topik merajuk ke? Hehehe...Tanpa pengetahuan bos saya,kawan-kawan saya,saya akan ke Singapura hujung minggu ini.*tengok! betapa merajuknya saya,sampai saya tak bagitahu saya nak ke mana?*



Saya harap,dengan percutian mengejut ni dapat melegakan hati saya.Sudahlah orang yang saya suka tak ada perasaan,kawan-kawan pulak buat perangai yang menyakitkan hati.Bos pulak memberi tekanan.Memang saya rasa macam nak lari dan kena lari untuk merawat luka...


Tengok kucing memang boleh buat saya hilang stress..


Mungkin lepas ni saya akan ok kot.Saya cuma perlukan sedikit masa.Doakan keselamatan saya,selamat pergi dan selamat balik.....:p

Tiada ulasan: