| Sebagai Pembukaan...salah sebuah hospital di Singapura..Ingatkan kat London.Macamana kalau saya kerja kat sini? |
"Rosnalizawati ! Kamu ni kerja macamana hah? Dah berapa tahun kamu kerja? Cuba kerja tu buka mata luas-luas sikit! Kamu dah lupa ke apa dah jadi kat wad ** hari tu? Disebabkan surat Dr A**** tu,doktor-doktor dah pandang rendah pada jururawat,tahu tak?"
Rasa macam bernanah telinga mendengar sister membebel.Benda yang sama diulang berkali-kali.Bebelan tersebut adalah di atas kecuaian saya yang tidak menyedari pesakit punya barang tertinggal di ICU.
*Ek elehh...Ingatkan dosa besar tadi ! *
Hebat sungguh penangan petisyen menghentam yang ditulis oleh doktor itu.Habis satu jabatan perubatan meroyan.
Ada aku kisah??
Kalau boleh,memang nak jerit macam tu je.You messed up with them,but not with us!
| Pemandangan petang di Clark Quay,Singapura..patutlah Izwan Azir pembaca berita TV3 tu suka 'lari dan lepak' kat Singapura.Pemandangan cantik dan mendamaikan~ |
Saya boleh bertahan dengan kesibukan kerja,tapi saya tak mampu bertahan dengan orang yang gila kuasa,pengampu @ juru kipas,dan orang yang obses dengan jawatannya~
Sejak kes petisyen 'penyelamat doktor' itu sampai ke Pengarah Hospital,pandangan doktor terhadap jururawat juga berubah.Padahal,segelintir jururawat saja yang 'berpuaka' dan berlagak,tapi habis semua orang terkena tempiasnya.Jurang antara doktor dan jururawat pun diwujudkan! Menyedihkan!
Saya mengaku.......
saya sangat stress dengan perubahan ini!
Jururawat di pandang seperti tiada makna! Adakah jururawat sekadar 'kuli' bergaji dan diiktiraf oleh kementerian Kesihatan? 'Nurse! Tolong kemas bilik on call,cadar tak tukar lagi!'
'Erkk? maid ke?'
| Selamat tinggal Stesen keretapi Tg Pagar..'kau' akan jd milik orang lain lepas ni..... |
Tukang kemas bilik doktor on-call, kutip baju doktor on call yang diorang buang atas lantai.....
| Sangat romantik..lain kali,saya datang lagi tp dengan orang yang menyayangi saya kerana diri saya~ ;p |
Bukan mengungkit,tapi............................
Saya bukan mengungkit.Malah saya tak layak mengungkit,tapi please show us some respect.Saya tahu,ada segelintir jururawat yang buat Doktor A**** meroyan,but not me!
Dan,tolong berhenti mengingatkan kami akan pangkat anda,U42...
Kalau Dato Seri Liow Tiong Lai baca saya punya blog ni,gamaknya saya kena buang kerja gamaknya! hahaha!
| Airport Changi..airport paling busy lepas airport Narita,Jepun~ |
Saya tak nak bergaduh,bukan nak ajak Dr A**** tu bergaduh,tapi saya rasa dia terlalu obses dengan U42 dia tu..Bukan nak ttimbulkan isu-isu yang tak sedap didengari.Bukan nak sakitkan hati sesiapa.No point! Lari mana-mana pun,jururawat dan doktor tetap akan berjumpa.Melainkan Menteri Kesihatan nak buat hospital khas untuk doktor-doktor saja.Hah! Boleh je.Doktor tukar la pampers patient,cuci najis patient,suap patient makan....Saya confirm doktor tak mampu lakukan.
"Eiiii,tolonglah staff nurse! You boleh suruh I buat apa saja,tapi bukan tukar pampers! Eeuuuu..That's the different between us,nurses and doctors!"
Kata seorang seorang doktor lelaki kepada saya semasa dia sedang on-call.Nasib baik sekarang dia dah jadi M.O...
Aikkkk?? Misi je yang layak tukar pampers??
That is too much!
| Gambar dalam flight nak balik ke Malaysia sebelum berlepas...bila dah berlepas,saya terus pening! yakkss! |
Selamat bekerja pada semua kakitangan Medical....
*Kepada Dr A**** yang poyo,I thought I saw something good in you that caught my eyes,but actually I was wrong..*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan