Jumaat, 3 Jun 2011

Ada seorang kenalan,Ahmad Fedtri Yahya baru lepas naik pelamin..Alhamdulillah,dan tahniah pada dirinya.Allah telah menyatukan dua hati.Mudah-mudahan mereka berbahagia hingga ke syurga..

Esok,satu lagi pasangan pula akan melangsungkan perkahwinan..

Siapa?
Mereka adalah pasangan yang saya temukan di Terengganu tahun lepas.Alhamdulillah,usaha saya berjaya.Sebenarnya,dalam banyak-banyak perkaraa yang saya usahakan,selalunya 10% je yang berjaya.Dan mereka ini adalah sebahagian daripada 10 % itu..Sedih bunyinya kan? :))

Melihatkan Ahmad Fedtri Yahya menamatkan zaman bujangnya,saya berfikir dan terfikir...

Adakah saya tidak layak untuk memiliki cinta suci seperti yang Fedtri perolehi?
Adakah saya tidak akan menemui seseorang yang baik dalam hidup saya ini?
Adakah saya tidak layak untuk seorang lelaki yang baik?
Adakah saya...
Adakah saya...
Adakah,adakah,adakah....

Banyaknya persoalan yang sukar untuk saya jawab,apatah lagi orang lain nak tolong jawabkan..

Saya tak mahu di panah cinta bodoh dan sia-sia lagi..saya mengaku,saya macam tersuka kat si hati kering tu,tapi saya rasa,Allah telah memberi jawapan yang sangat jelas kepada saya,bahawa dia bukan untuk saya..kerana......

hatinya terlalu keras, egonya terlalu tinggi, perasaannya terlalu mahal..........



saya yang buat hantaran ni tau ! :))


Kepada yang baru melansungkan perkahwinan,selamat menempuh hidup berdua..lepas ni bertiga..kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan,tahniah..Barakallahulakuma~ :))

Tiada ulasan: