Ahad, 5 Jun 2011

Semoga berbahagia.................

Hari mendung...........tersangatlah mendung,disertakan petir dan kilat,tapi tak pula hujan lebat.Sekadar renyai-renyai.Walaupun mendung,ia tak merosakkan mood saya.

Semalam,saya menghadiri kenduri kahwin seorang rakan.Ingat tak,saya pernah sebut tentang orang yang saya matchingkan bakal mengakhiri zaman bujang mereka? Semalam diorang telah mengakhirinya.Maaf ya! tak ada gambar kerana saya terlupa membawa memori kad.kamera sahaja yg saya bawa..hihihi...

Mengakhiri zaman bujang bermakna membuka buku kehidupan berdua.Saya tak tahu kenapa saya begitu mudah menitiskan air mata..saya memang lembut hati.hihihi..

Saya rasa,betapa sedihnya perkahwinan tanpa kehadiran ibu tersayang.tapi kan,lepas tengok orang kawin,saya rasa mcm sy plak tak nak kahwin! saya jadi takut pulak..

Ya Allah...sengalnya saya..

Apapun,semoga berbahagia..Saya doakan mereka bahagia selama-lamanya.Misi saya yang seterusnya aadalah mencari jodoh untuk rakan saya yang lain.

Ada seorang makcik tu,*mak mentua abang saya* telah memanggil saya duduk di sisinya.
"Yang,mari sat.Mi ada benda nak cakap dengan Tayang.."
Saya menghampiri makcik yang saya panggil umi itu,sebagai tanda hormat.

"Ini bakal mak mentua tayang,"Katanya kepada saya,memperkenalkan seorang makcik yang sedang tersenyum kepada saya.Saya terjerit dan saya terus ketawa.

Oh tidak! Saya rasa,makcik itu sedang cuba mencarikan jodoh untuk saya.
Sebenarnya,begini..Untuk masa ini,saya rasa,biarlah saya begini dulu.Saya sebenarnya tak percaya pada jodoh yang dikenen-kenen oleh orang ini.(walaupun saya yang telah menemukan pasangan pengantin ini).

Saya mahu 'merehatkan' hati saya daripada kekecewaan.

Terima kasih pada makcik ini kerana memikirkan saya.pada makcik yang tersenyum pada saya itu,saya tahu..makcik suka saya kan? hahaha! perasan!

Tiada ulasan: